Kenapa Nur Kasih ramai peminat?

Saturday, August 1, 2009

Sekarang semua orang tahu yang cerita Nur Kasih ni ramai peminat. Semua orang asyik memperkatakannya.
Cerita Nur Kasih ni lain dari yang lain. Ia bukanlah drama yang merapu-merapik entah apa-apa. Ia ada mesej yang nak disampaikan.

Di sebalik konflik yang ditonjolkan, banyak mesej dan isu yang cuba untuk diketengahkan. Sebagai orang dewasa yang sudah boleh berfikir, aku bagi 5 bintang kepada drama ini.

Namun disebalik penyampaian mesej yang murni itu, terselit juga adegan atau babak yang kurang menyenangkan seperti babak berpelukan antara Remy Ishak dan Syarifah Sofia. Babak-babak seperti itu tidak perlu ditonjolkan untuk menunjukkan kasih sayang sayang antara mereka. Lakonan kedua-dua mereka itu sudah sangat berkesan.

Aku yakin ramai yang bersetuju jika aku katakan antara faktor kehangatan drama ini adalah kerana lakonan para pelakonnya. Semuanya mantap-mantap. Fizz Fairuz berjaya menghayati wataknya dan dia memang sesuai menjadi seorang ustaz. Begitu juga dengan pelakon-pelakon lain.

Jalan cerita drama ini semakin menarik. Mari sama-sama kita ikuti.

5 komen:

slash said...

pertama-pertama sekali aku ucapkan taniah la kat tv3, sebab berjaya gak menghasilkan sebuah drama yang cukup mantap dan penuh ilmiah......
Dalam pada masa menonton, berhibur, kita dapat input yang cukup bermakna....
Dari segi visual, pemandangan, angel yang cukup menarik membuatkan aku lebih tertarik tengok cita ni.

nika said...

@slash

betul tu. aku setuju. cite ni lain dari yang lain

Anonymous said...

i have been watching it through internet in Russia!! congrat tv3!

nika said...

@anonymous

wow, u mmg best

Anonymous said...

I used to watch this series also from japan. My friend from Skype told me about this series, and now i follow the series from the beginning until now. and Keep a good work for posting the series( But do not have substitle), I enjoy to watch them, Watching through www.tv3.com.my because they come with substitle inside it..

Post a Comment

Tulisan kamu menggambarkan diri kamu. Ayuh komen !