Ghost & Ghost 2 - Drama Melayu terbaik

Friday, August 21, 2009

 

Bukan nak puji hasil kerja tangan orang Cina, tapi itulah realitinya. Ghost adalah drama tempatan terbaik pernah aku saksikan setakat ini. Sehebat-hebat drama arahan Kabir Bhatia, masih tidak dapat menandingi Ghost 1 dan 2. 

Kelebihan Ghost ialah jalan cerita yang sangat kukuh dan mantap serta lain dari yang lain. Para pelakonnya sangat berbakat. Tiada scene2 yang lembap. Semuanya laju. Tak macam cerita melayu lain.

Pelakon dalam cerita Ghost bukanlah pelakon terkenal yang banyak membintangi drama, tetapi mereka sangat hebat. Lakonan Cheryll Samad, Naz, Reefa dll sangat berkualiti. Seolah-olah mereka dah berlakon berpuluh-puluh tahun. Lakonan mereka bersahaja dan tak nampak macam berlakon pun. Tapi mereka yang kurang berlakon. Kalau pelakon lain tu banyak je berlakon sana-sini tapi lakonan cam hampeh.

Kehebatan mereka juga terletak pada Bahasa Inggeris mereka. Anding dan Isma Hanum pun tak kurang hebatnya. Aku pun pelik kenapa orang yang sangat berbakat dalam lakonan seperti Cheryll Samad tak berlakon dalam drama-drama Melayu lain.

1 komen:

Anonymous said...

macam maner nak dapatkan link download untuk citer nih?

Post a Comment

Tulisan kamu menggambarkan diri kamu. Ayuh komen !